HAI AWAK. AWAK YANG SEDANG TERSENYUM TU

SUPPORTER

Saturday, May 18, 2013

Sambung belajar

Assalamualaikum ..

Lama rasa tak tulis dalam blog pembancuh ubat ni. Pejam celik hampir 9 bulan bekerja. Dalam masa bekerja macam-macam kena buat. Nak jenguk blog pun dah tak sempat. Sibuk dengan tugas hakiki, kerja lebih masa lagi. Sabtu ahad masa untuk bersantai. Entry kali ini saya nak cakap pasal NIAT. Niat penting untuk memastikan kita dapat menggapai sesuatu dalam kehidupan. Cewah ..

Bulan 6 Insyaallah saya akan apply pengajian jarak jauh di Universiti Teknologi Malaysia dalam Bc. chemical Industry. Minta-minta dapatlah. Bukan mudah nak sambung belajar waktu dah bekerja. Lagi-lagi dah pegang duit sendiri. Dah belajar jarak jauh, mesti hari sabtu dan ahad menjadi sasaran untuk ke kelas kuliah. Tergadai masa cuti. Oh tidak ! Jadi nak tak nak kena kuatkan semangat. Belum sambung lagi, memang semangat luar biasa. Takut nanti lepas dah study, sikap malas pula datang. Masalah kat situ.

Pengajian mengambil masa selama 4 tahun kalau setiap semester lulus dengan baik. Kalau ada repeat lagi panjanglah masa pengajian tu. Jadi, saya nak pastikan setiap semester saya nak dapat dekan. Saya nak mama dan ayah bangga dengan kejayaan saya. Saya nak mereka gembira lihat anak mereka berjaya. Kalau sampai tamat pengajian dapat dekan, confirm pengajian percuma tak perlu bayar. Jadi budak-budak muda kat universiti kalau nak pengajian percuma, sila belajar sungguh-sungguh dan dapatkan pointer tinggi. Jangan pula si lelaki sibuk cari awek, yang perempuan sibuk cari pakwe. Nanti dua-dua hanyut tak da hasil langsung. Dapat duit biasiswa/ptptn/mara jangan duk sibuk beli smartphone. Dahulukan yang penting.

Chemical industry . Saya dah buat kajian serba sedikit mengenai course ini. Disebabkan saya ada latar belakang diploma farmasi, jadi saya rasa kimia industri paling dekat dengan farmasi. Kalau nak sambung ijazah farmasi kena cuti tanpa gaji dan pengajian tersebut merupakan sepenuh masa. Lepas dah mengambil kira pelbagai risiko, jadi saya ambil keputusan untuk buat pjj sahaja. Insyaallah ada rezeki disitu. Pokok pangkal kita ada usaha ke arah yang lebih baik.

Saya bulatkan tekad untuk terus semangat menuntut ilmu. Belajar+bekerja bukan perkara yang mudah dan saya anggap benda ini sebagai salah satu cabaran untuk terus berjaya. Kejayaan bukan datang bergolek dengan mudah. Kita kena kejar segala peluang yang terbentang luas. Doakan kejayaan saya. Nanti kalau ada rezeki saya sambung belajar, Insyaallah bulan 9 mula kelas. Nanti mana tahu dalam laman bancuh ubat ini saya update tentang aktiviti pembelajaran saya dari awal pengajian sehingga selesai pengajian.




tErima kAsih / Gamsahamnida / Thank yOu / syUkran

0 cE CommEnt:

Post a Comment

HaK ciptA tErpELihaRa (c) KhaiRuL Najmi