HAI AWAK. AWAK YANG SEDANG TERSENYUM TU

SUPPORTER

Sunday, January 26, 2014

Selamat Tinggal Pengajian Separuh Masa di Universiti Teknologi Malaysia

macam baru sahaja aku rasa mendaftar sebagai pelajar pengajian separuh masa dalam ijazah sarjana muda kimia industri di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). segala- galanya halangan dan dugaan telah aku tempuhi setelah sekian lama mengidam menjadi seorang siswa di sebuah universiti. akhirnya ku telah mengambil keputusan untuk berhenti pengajian.

Aku rasa gembira kerana aku lulus dengan baik dalam semester 1. Bagaimana aku bersusah payah bersengkang mata siang malam pagi petang malam tak kira masa. Seolah satu mimpi yang sangat ngeri apabila aku mengenangkan tekanan yang luar biasa yang telah aku lalui sepanjang aku menuntut di UTM.

Aku yakin korang pasti nak tahu kenapa aku mengambil keputusan menarik diri dari terus menuntut di UTM.


  1. Kelas setiap minggu. Hari Sabtu dan Ahad. memang memerlukan pengorbanan yang sangat besar. lagi-lagi aku penjawat awam. kadang-kadang hari Sabtu Ahad aku ada kursus. dengan tuntutan kerja lagi. setakat semester 1 aku masih mampu mengharungi kelas setiap minggu dan faktor kelas ni bukan isu utama kenapa aku menarik diri sebenarnya. hahahaha.
  2. Setiap kali datang kelas aku perlu menghadap KUIZ. ini antara tekanan yang luar biasa bagi aku. Maksudnya setiap kali lepas aku menghabiskan kerja hakiki aku sebagai penjawat awam (8 pagi sehingga 5 petang kadang-kadang sehingga 9.30 malam), wajib untuk aku study setiap hari. Memang sukar. Memerlukan satu kekuatan dan pemikiran positif untuk belajar. Dari hari Isnin sehingga Jumaat.
  3. Rasa sukar untuk perform 3 pointer. Ini yang aku fikirkan sebelum aku mengambil keputusan untuk menarik diri dalam jurusan Kimia Industri padahal aku memang minat dengan kimia. tersangat minat. aku rasa, mungkin aku lebih sesuai belajar secara full time bukan part time dalam bidang kimia. Buat apa aku teruskan pengajian jika aku tidak perform. Sedangkan budak perdana berlambak dapat pointer gempak-gempak. Baik aku tarik diri awal-awal. kalau tarik diri lewat memang membazirlah kan.
  4. Aku dah tahu apa yang aku nak sebenarnya. Insyaallah aku akan mendaftar di sebuah Universiti. nanti habang update ok. Semoga pilihan kali ini adalah pilihan yang betul. Pilihan yang mampu memberi aku kegembiraan di dunia dan akhirat.
Kepada kawan-kawan yang mahu menjalani pengajian secara separuh masa, ingatlah bahawa kekuatan mental dan fizikal amat dituntut. lagi- lagi kalau kelas dijalankan setiap hujung minggu. Non stop.



tErima kAsih / Gamsahamnida / Thank yOu / syUkran

HaK ciptA tErpELihaRa (c) KhaiRuL Najmi