HAI AWAK. AWAK YANG SEDANG TERSENYUM TU

SUPPORTER

Monday, June 25, 2012

assalamalaikum salam sejahtera,


Selesai sudah kursus induksi di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh. Walaupun aku gembira selepas ini akan menjawat jawatan pegawai kerajaan sebagai Penolong Pegawai Farmasi, namun dalam hati aku sangat rindu kat kawan – kawan kolej yang selama ini sentiasa bersama dengan aku susah dan senang. Walaupun semester 6 merupakan semester yang amat sukar, pelbagai cabaran yang kami hadapi, namun itulah yang telah mengeratkan kami sebagai satu kumpulan 56.

wif matwe ! peneman jalan2..



Masalah yang hadir kami selesaikan dengan perbincangan. Tetapi, lautan mana yang tidak bergelora. Terdapat juga manusia yang tidak pernah faham dan menghargai usaha orang lain. Menjaga hati jauh sekali. Aku tak menolak, disebabkan segelintir pelatih dalam kumpulan kami buat masalah, habis hanyir nama kumpulan 56.

Disini aku menyatakan, macam mana pun aku tetap menghargai mereka. Mungkin mereka terlepas pandang. Semoga selepas ini mana yang buruk dapat diubah. Kan3x. sepanjang aku belajar di KSKB Sg. Buloh, banyak perkara yang telah aku tempuhi. Kenangan yang paling indah adalah belajar tanpa kenal penat lelah bersama – sama rakanku. Mereka pemangkin semangat untuk aku terus berjaya. LUV u olls !

hari terakhir di KSKB. siap main SPONTAN !

Disebabkan sekarang musim durian, baru – baru ini aku dan kawan baik aku Shema dan Syazwan buat pesta durian kat asrama. Sempat gak aku turunkan ilmu kat dorang cara minum air dalam kulit durian. So interesting. Semoga kenangan lalu menjadi satu kenangan yang tidak akan dilupakan. Semoga rakan – rakanku senantiasa gembira dimana jua mereka berada. Amin =)

BFF..

tErima kAsih / Gamsahamnida / Thank yOu / syUkran

HaK ciptA tErpELihaRa (c) KhaiRuL Najmi