HAI AWAK. AWAK YANG SEDANG TERSENYUM TU

SUPPORTER

Sunday, November 10, 2013

UTM aku datang

Assalamualaikum semua. Memang berhabuk dah blog aku. Lama sangat aku tak update kat sini. Rasa macam 24 jam sehati tak cukup. Mungkin aku lebih main kot. Alhamdulillah 14 September 2013 aku melangkah ke IPTA. Satu perasaan gembira yang tak dapat aku terjemahkan dalam kata-kata. Tanpa pertolongan mama,ayah,adik2, rakan sekerja di unit farmasi aku rasa aku takkan berjaya masuk ke UTM. Mereka tudak putus-putus memberi aku semangat untuk terus mengejar ilmu yang tiada dinding penghalangnya.

Aku nak mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana memberi rezeki yang melimpah ruah. Terlalu banyak nikmat yang telah aku kecapi didunia ini. Hampir 3 bulan aku menuntut di UTM dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia Industri. Rasa macam bermimpi. Aku tahu aku perlukan lakukan pengorbanan yang besar dalam hidup selama 4 tahun akan datang. Umur aku 26 baru habis belajar.

Kalau dulu aku ada masa Sabtu Ahad untuk lepak dengan keluarga, kawan-kawan, tapi sekarang masa agak terbatas kerana hampir setiap hujung minggu aku ada kelas. Dalam masa 2 minggu aku ada 3 kelas. Penat tapi aku rasa berbaloi. 3 subjek aku study untuk semester 1 ini. Kimia organik, kimia alam sekitar dan kimia analisis. Paling mencabar kimia organik. Susah sangat. Aku nak hentak je kepala ni biar terus dapat serap nota-nota organik tu. aku masih tak dapat rentak permainan subjek kimia organik ni. Insyaallah aku akan cuba sedaya upaya untuk study supaya semester ini aku dapat dekan. Amin..

Hari biasa aku bekerja dari pukul 8 pagi sampai 5 petang. Kalau ada overtime aku lepak kat klinik kesihatan sampai pukul 9.30malam. Kumpul duit untuk anak bini. Hihihi. Macamlah dah kahwin kan .
Dalam pukul 8 malam aku dah mengadap nota-nota yang memang buat otak aku serabut. Apa boleh buat. Telan air liur jelaa. Kalau rajin sampai pukul 12malam. Kalau malas atau penat sampai pukul 10.30malam je. Almaklum esoknya nak kerja. Macam tu hidup aku setiap hari. Weekdays kerja weekends belajar. 

Assignment? Sangat mencabar. Tapi alhamdulillah aku dapat handle. Assignment kimia alam sekitar aku dah siap. Cuma assignment kimia analisis aku tak siap lagi. Dah dapat maklumat cuma belum edit lagi. Aku nak siapkan awal. Malas dah nak menghadap assignment. Nak habiskan masa untuk study pula. 23 Disember aku final exam. Lama lagi tapi rasa macam dekat je. Doakan aku berjaya ok.



                 

tErima kAsih / Gamsahamnida / Thank yOu / syUkran

HaK ciptA tErpELihaRa (c) KhaiRuL Najmi