HAI AWAK. AWAK YANG SEDANG TERSENYUM TU

SUPPORTER

Saturday, January 21, 2012

sebulan pratikal di tempat baru.


Assalamualaikum waramatullah hiwabarokatuh ! selamat sejahtera salam 1Malaysia. Lama aku rasa tak update blog nie. Berapa minggu dah kan. Al maklum sibuk berpratikal di Hosital P******** (tak perlu disebutlah). Banyak pengalaman dan dugaan serta cubaan bila praktikal kat situ. kesabaran aku sentiasa diduga dengan karenah staf – staf di situ. bukan aku nak tunjuk kehebatan dan kejantanan kat mereka, namun apa yang aku lihat itulah mereka.

Kami yang datang ke situ ingin belajar sesuatu yang perlu dibawa apabila menempuh alam pekerjaan nanti. Bukan untuk menjadi bamboo semata – mata. Aku dan rakan – rakan seperjuangan disitu telah menanamkan tekad, jika kami telah bekerja nanti dan ada pelatih – pelatih yang datang untuk berpratikal, kami tidak akan sesekali menyerahkan sebulat – bulatnya tugas  yang sepatutnya kami pikul kepada mereka. Kalau mereka dah habis praktikal, segala kerja akan terbeban kepada kita juga. Jadi ada ke tidak ada pelatih, biar suasana kerja itu sama. Bukan nanti bila tidak ada trainee mulalah,
“ ala banyaknye kerja. Trainee takdo dah. Susah boto”.

Kerja adalah kerja. Tanggungjawab adalah tanggungjawab. Please be nice to us ok ! lagi satu, tolonglah apabila mahu menegur kami, cuba menegur dengan cara yang betul. BERHEMAH, BERPENDIDIKAN DAN MEMAHAMI. Tolonglah ! tak perlu menyindir, tak perlu terpekik terlolong, tak perlu nak jadi mandur sangat la. Aku pernah praktikal kat Hospital Tuanku Jaafar Seremban selama 1tahun. Staf sangat2 baik. Bekerjasama, tak pernah nak terpekik terlolong, tahu berterima kasih, menghargai setiap usaha yang kami lakukan, tidak menyindir dan sebagainya. Itulah contoh pekerja yang terbaik. Kami tak lama berpraktikal. Jadi be nice to us !

Lagi satu. Tolong lah PRP oi ! kat HTJS dulu pun ade gak PRP. Dorang sendiri pantang bila ada PRP lain bagi arahan bagai persis pegawai. Memang xdo kawanla ko nanti kat situ. tolong la belajar kedudukan ubat kat tempat kerja kau itu. Jangan mengharapkan kami sangatlah. Gaji kau RM 3+++ tapi maleh ya amat. Please be nice to us again ! kami tak mengharapkan sembah, kami tak mengharapkan kedudukan, kami tak mengharapkan belaian, yang kami mahukan adalah please be nice to us !

P/s : harap – harap kerjasama semakin baik lepas nie. Tinggal 5 hari je lagi =)


tErima kAsih / Gamsahamnida / Thank yOu / syUkran

HaK ciptA tErpELihaRa (c) KhaiRuL Najmi