HAI AWAK. AWAK YANG SEDANG TERSENYUM TU

SUPPORTER

Sunday, October 29, 2017

KENANGAN INTERVIEW JAWATAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

LAMA TAK BUAT ENTRY DALAM BLOG NI. INI PUN TERGERAK HATI NAK MENULIS. NAK KONGSI SESUATU YANG BOLEH JADI PANDUAN KEPADA ADIK-ADIK DILUAR SANA TERUTAMA LEPASAN SPM,DIPLOMA. KALAU LEPASAN DEGREE BOLEH JE NAK JADIKAN PANDUAN JUGA.

SAYA TAK BERAPA INGAT TARIKH INTERVIEW JAWATAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI DIBAWA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA MASA ITU. KALAU TAK SILAP PADA BULAN FEBRUARI 2009. TEMUDUGA DIADAKAN DI KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN, SEREMBAN. WAKTU TU BARU BERUMUR 18 TAHUN. LEPASAN SPM. TAHAP DEBARAN HANYA TUHAN YANG TAHU. PAGI-PAGI DAH SIAP PAKAI BAJU KEMEJA LENGAN PANJANG, SELUAR SLACK, TIE DAN KASUT SARUNG HITAM. SEGAK SANGAT DAH MASA TU. KALAU THROWBACK BALIK NAK KETAWA PUN ADA. BAJU PUNYALAH BESAR. BUDAK ZAMAN SEKARANG SEMUA BAJU SELUAR NAK SLIMFIT. PUKUL 7.30 PAGI AYAH SAYA HANTAR KE KOLEJ TERSEBUT. 8 PAGI DAH MULA SESI UJIAN BERTULIS. SELESAI UJIAN BERTULIS PERGI DEKAT SATU BLOK NI UNTUK SESI TEMUDUGA NI. RAMAI SANGAT ORANG WAKTU TU. DAPAT TAK DAPAT BELAKANG KIRA. YANG PENTING YAKIN. TIBALAH GILIRAN SAYA MASUK KE DALAM BILIK TEMUDUGA.

PERTAMA SEKALI SAYA MEMBERI SALAM DAN BERJABAT TANGAN PENEMUDUGA LELAKI. LEPAS TU BERDIRI DISEBELAH KERUSI YANG DISEDIAKAN. APABILA PENEMUDUGA KATA DUDUK BARU SAYA DUDUK DAN UCAPKAN TERIMA KASIH. SESI TEMUDUGA PUN BERMULA.

P1 : CERITAKAN LATAR BELAKANG ANDA SERBA SEDIKIT.

NAJMI : NAMA SAYA BLAH BLAH BLAH. SAYA TAMAT SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK BLAH BLAH BLAH. SAYA MENGAMBIL ALIRAN BLAH BLAH BLAH.

P1 : KAMU MENGAMBIL JURUSAN TEKNIKAL TETAPI KENAPA BERMINAT NAK MASUK ALIRAN SAINS?

NAJMI : SEBENARNYA SAYA AMAT BERMINAT DENGAN ALIRAN SAINS. SAYA MASUK KE SEKOLAH TEKNIK SEBAB MAMA SAYA SURUH SAYA BERSAING DENGAN PELAJAR CEMERLANG DISANA. DI SEKOLAH JUGA SAYA TELAH MENGAMBIL MATA PELAJARAN FIZIK DAN KIMIA.

P2 : KALAU DILIHAT KEPUTUSAN SPM KAMU, KAMU BOLEH SAMBUNG KE PERINGKAT LEBIH TINGGI. LEBIH BAIK KAMU MASUK UNIVERSITI. MASUK DIPLOMA NI GAJI TAK TINGGI DAN KAMU TERIKAT DENGAN KERAJAAN NANTI.

NAJMI : SAYA AMAT BERMINAT DENGAN JURUSAN FARMASI. SUDAH MENJADI IMPIAN SAYA UNTUK BEKERJA DALAM BIDANG FARMASI. IJAZAH SAYA BOLEH AMBIL BILA-BILA MASA KERANA KERAJAAN KINI TELAH MEMPERKENALKAN BANYAK TAWARAN PENGAJIAN JARAK JAUH. SAYA BERHARAP SANGAT UNTUK TERPILIH UNTUK MENGIKUTI JURUSAN FARMASI DI BAWAH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA INI.

P1 : APAKAH WARNA UNIFORM PENOLONG PEGAWAI FARMASI?

NAJMI (ALAMAK AKU TAK STUDY PUN PASAL NI).. WARNA PUTIH ENCIK.

P2: ANDA PASTI?

NAJMI : SAYA PASTI. (PADAHAL WARNA KELABU).. ( AKU TAHU PUN SEBAB TANYA PENJAGA KAMI KAT LUAR).. (DAH RASA WAKTU TU MEMANG AKAN GAGAL)..

P1 : OKLAH SAMPAI DISINI SAHAJA. KALAU ADA REZEKI TAK KEMANA. KALAU TAK DAPAT DIHARAP KAMU BOLEH TERUS MENYAMBUNG PENGAJIAN KEPERINGKAT YANG LEBIH TINGGI.

NAJMI : TERIMA KASIH ENCIK. SAYA BERHARAP PIHAK ENCIK SUDI MENGAMBIL SAYA UNTUK MENGIKUTI PEMBELAJARAN FARMASI INI.

SAYA PUN BERJABAT TANGAN DENGAN PENEMUDUGA DAN MENGUCAP SALAM. KELUAR SAHAJA DARI BILIK SAYA TERUS BERJUMPA DENGAN AYAH UNTUK MENCERITAKAN APA YANG BERLAKU.. AYAH SURUH BERDOA BANYAK-BANYAK AGAR DIPERMUDAHKAN. CALL MAMA THEN DIA PUN MEMBERI KATA-KATA POSITIF.

PADA AWAL BULAN MEI, SAYA MASUK KE KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEBILAN. DUA BULAN DISANA SAYA MENDAPAT TAWARAN SPA BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN JURUSAN FARMASI. ALHAMDULILLAH HANYA TUHAN YANG MENGETAHUI MANA YANG TERBAIK UNTUK HAMBANYA.

MAKA BERMULAH KEHIDUPAN SAYA SELAMA TIGA TAHUN DI KOLEJ SAINS KESIHATAN SUNGAI BULOH, SELANGOR DALAM JURUSAN FARMASI. KINI SUDAH 5 TAHU SAYA BERKHIDMAT DIBAWAH KERAJAAN SEBAGAI PENOLONG PEGAWAI FARMASI. SUDAH BANYAK PENGALAMAN YANG DIKUTIP TERUTAMANYA SEMASA BERDEPAN DENGAN PESAKIT-PESAKIT.


KEPADA ADIK-ADIK YANG ADA MEMOHON JAWATAN SPA JANGAN BERPUTUS ASA. ADA REZEKI INSHAALLAH TAK KE MANA. JANGAN SESEKALI BERPUTUS ASA DALAM APA JUA KITA LAKUKAN. ALLAH MAHA MENGETAHUI MANA YANG TERBAIK UNTUK HAMBANYA. INGAT TU.

ABAM FARMASI AWAK..





tErima kAsih / Gamsahamnida / Thank yOu / syUkran

Saturday, January 21, 2017

KEMANA HILANGNYA KEMANUSIAAN

KAU BUKA FACEBOOK, BERITA, TWITTER betapa gilanya manusia sekarang. tengok saja macam mana tergamaknya manusia memukul manusia. Tidak ambil kisah langsung mengenai undang-undang. Kita sedih melihat negara luar dibom, masyarakat mereka ditindas. Tapi, di Malaysia kita seolah-olah hilang nilai kemanusiaan. Nikmat yang Tuhan berikan kepada kita disini digunakan dengan salah.

Baru-baru ni viral bodyguard pukul pemandu lori. Kesnya, pemandu lori reverse lori then terlanggar kereta mercedes. Teruk dipukul. Paling ngeri apabila ada 3 orang bodyguard berlari dari jauh then sepak kepala pemandu lori tu seolah-olah menendang bola. Damn ! Manusiakah itu? Polis sedang memburu suspek yang terlibat. Biar dapat hukuman yang setimpal. Setinggi manapun amarah kita kena ingat kita ni manusia. Beza kita dengan haiwan yang kita duk hina hanyalah AKAL. Kalau kita tiada akal samalah kita dengan binatang. Tetiba emo lebih. hahaha ..

Cuma apa yang boleh harapkan supaya rakyat Malaysia mampu membina mentaliti kemanusiaan yang secukupnya. Sudah-sudahlah kita duk tengok tayangan perangai orang kita yang buruk dalam TV 3 tu. Naik bosan. Hiduplah seperti manusia normal. Bukan kerjanya nak membunuh, berparang, menganiaya 24 jam. Law kat Malaysia ni pun bukan jenis low class tapi masih ramai yang berani buat kesalahan. Kenapa? Mengapa? Bagaimana?

Salah didikan? Rasanya tak kot sebab hanya segelintir saja malaun yang buat perangai. Perempuan pun dah berani tunjuk belang sekarang. Tengok je lah kes mencuri kat pasar raya, kedai emas. Relaks je mereka. Kalau lelaki mencuri siap pakai topeng bawa pistol. Perempuan bawa muka kasihan pakai tudung pose-pose manja lepas mencuri terus blah. Bahaya. Perempuan pun dah tak boleh percaya zaman sekarang. Kena ingat kita mungkin terlepas dari hukuman dunia tapi ada hukuman yang sedang menanti kita. Hukuman di akhirat. Takkan terlepas. Seram.

Gunakan akal yang Tuhan bagi sebaik mungkin, kawal amarah dan be a gentlemen. Tibah.
tErima kAsih / Gamsahamnida / Thank yOu / syUkran

HaK ciptA tErpELihaRa (c) KhaiRuL Najmi