HAI AWAK. AWAK YANG SEDANG TERSENYUM TU

SUPPORTER

Sunday, November 4, 2012

Kehidupan Bekerja


Assalamualaikum WBT ..


Lama gila tak update blog. Almaklum, tuan tanah sibuk. Baru je start kerja 1 oktober bulan lepas sebagai Penolong Pegawai Farmasi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Lepas ini, kalau ada rezeki nak sambung PJJ pulak. Semangat luar biasa pulak bila nak wat degree nie. Hahaha~

Bila dah masuk alam pekerjaan pada usia 21 tahun, aQ rasa sangat la perlu jadi matang dalam segala hal. Bukan seperti alam pelajar yang kita hanya tahu fun! Fun! Fun! Pertengahan dan akhir setiap semester baru sibuk dengan exam. Apabila sudah kerja, ditambah pula berkhidmat sebagai penjawat awam, tanggungjawab sangat besar sebab kita berkhidmat kepada rakyat. Dalam bidang ubat – uabtan lagi. Jadi kena betul – betul buat kerja. Dibuatnya salah bagi ubat, pitam hidup ~

Sebenarnya tak sangka langsung dapat pekerjaan tetap dalam usia yang amat muda. Masih ramai lagi rakan2 aQ yang kat luar sana masih sibuk belajar. Tapi itulah namanya kehidupan. Setiap manusia rezeki berbeza. Mungkin agak lambat untuk tuan tanah sambung belajar dalam peringkat ijazah, tapi itu tidak menjadi masalah kerana peluang belajar ada dimana – mana. Terpulang kepada kita sama ada nak atau tidak.

(CUKUP SERBA SEDIKIT CATATAN SKEMA DI ATAS )

Berkecimpung dalam bidang ubat2 nie sebenarnya fun gler. Tpi, rakyat Malaysia sekarang macam jadikan klinik sebagai rumah ke 2 mereka. Macam berpakat sakit an. betapa hebatnya virus menular dalam badan manusia. Kasihan bila tengok orang sakit ini. macam – macam ragam. Kalau yang anak demam, papa dan mama lah penenangnya. Apabila makcik ngan pakcik sealiran amik ubat darah tinggi, kencing manis, seguni ubat dibawa balik. Kasihan kan. Ada tu, hampir 18 tahun ambil ubat kencing manis. Lamanya. Ini yang dinamakan nyawa didahulukan, pretasi hidup diutamakan. Terbaik !

Tuan tanah tak nak berceloteh panjang. Nak layan tv3 cerita MAHARKU UNTUKMU sebab ada Nabila Huda. Hee ~


tErima kAsih / Gamsahamnida / Thank yOu / syUkran

HaK ciptA tErpELihaRa (c) KhaiRuL Najmi