HAI AWAK. AWAK YANG SEDANG TERSENYUM TU

SUPPORTER

Thursday, July 12, 2012

kenapa BANCUH UBAT?

Salam pembaca, pengunjung, pelepak yang setia.kali ini aku nak kongsi ada apa dengan lelaki bancuh ubat nie?

Tertanya – tanya kan kenapa mesti bancuh ubat, tak bancuh teh ka, kopi ka, apa – apa saja yang dikira logic untuk dibancuh.

Lelaki tue merujuk kat aku lah. Takkan aku lagi nak letak wanita ayu, perempuan melayu terakhir. Polompang mari made by my mom nanti. Puas diasuh nak main tukar – tukar jantina pula. Hee~

Bancuh ubat?

dispensing balance=)
Jom kita sama – sama kupas. Selepas habis SPM aku tak macam budak – budak yang tak diterima masuk ke PLKN. Aku antara yang terpilih. Haa bongkak tak? Bayangkan waktu itu dipilih untuk masuk PLKN. Sari suntuk sakit perut je. Kepala yang tak sakit rasa berdenyut – denyut. Masa nak buat medical check up, doktor tanya nak pergi tak nie?

Aku dengan semangat kejantanan dan keazaman yang tinggi “ mestilah nak pergi doktor. Bukan selalu”. Apabila hati dan mulut tak sehaluan gitulah. Sebenarnya PLKN itu BEST !

Lepas PLKN aku melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi Negeri Sembilan. Memang dekatlah dengan rumah. Dalam 1jam sampai. Masa kat matrik, aku ambil fizik. Tak sampai sebulan pun kat situ, aku dapat tawaran untuk belajar di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh sponsor by Kementerian Kesihatan Malaysia.

Gembira giler masa itu. Peluang untuk aku belajar farmasi. Walaupun Diploma dan aku keluar bukan sebagai pegawai tetapi sebagai Penolong Pegawai Farmasi aku tetap bersyukur dalam ramai – ramai orang yang memohon untuk kerja sebagai penjawat awam, aku terpilih. Begitu juga dengan rakan – rakan seperjuanganku di situ.

Bermulalah hidup aku sebagai Penolong Pegawai Farmasi pelatih. Di KSKB aku mengenal apa itu farmasi. Aku belajar macam mana nak buat krim, lotion, emulsion, solution, sirap dan macam – macam. Semua itu dibancuh sendiri.
semangat praktikal. tinggal kenangan.

auditorium. macam2 kami lalui bersama
akhirnya berjaya !!!

Aku nak jadi pembancuh ubat yang berdedikasi, yang amanah, yang macam2 yang lah !
Dengan tulang yang makin lama kekurangan kalsium, dengan usia yang semakin singkat Insyaallah aku nak meninggalkan sesuatu dalam alam pekerjaan sebagai Penolong Pegawai Farmasi. Yea !! MALAYSIA BOLEH =)


tErima kAsih / Gamsahamnida / Thank yOu / syUkran

2 cE CommEnt:

swan89 said...

nice =)

Unknown said...

Assalamualaikum. Btw boleh tak nak tahu uniform rasmi atau pakaian seragam penolong pegawai farmasi hehe. Thank you (:

Post a Comment

HaK ciptA tErpELihaRa (c) KhaiRuL Najmi