HAI AWAK. AWAK YANG SEDANG TERSENYUM TU

SUPPORTER

Wednesday, March 12, 2014

Menjadi insan yang menyayangi diri sendiri sebelum sayang orang lain

Lama dah tak menaip kat sini. Tuan tanah sedang sibuk. Kadang-kadang sengaja menyibukkan diri. Almaklum dari Isnin sampai Jumaat kerja kerja kerja. Jadi robot ah. Hari Sabtu dan Ahad baru jadi manusia balik. Disebabkan ada masa terluang hari ni, so nak update sikitlah.

Cer tengok tajuk entry. Meletop tak? Sebelum masuk lebih dalam jangan lupa untuk terus mendoakan MH370. Semoga ada keajaiban untuk mereka. SesungguhNYA Allah SWT sebaik2 perancang. Jom kita lepak dengan topik kali ni. Jimie percaya mesti korang pernah sayang seseorangkan. Dalam berkasih mesti korang utamakan orang yang korang sayang lebih dari menyayangi diri sendiri. Betul tak? Itu sebab apabila kecewa ramai yang menonggeng. Frust katanya. Itu simptom tak sayang pada dirilah. 

Sebelum korang bercinta, tolong ingat sayang diri korang dulu. Tak salah mengharap lebih dari orang yang korang sayang tapi berpada-pada. Set mind orang yang sayangkan kita takkan buat sesuatu yang boleh menyebabkan kita sedih. Ingat sekali dorang curang probability untuk dorang curang untuk kali ke 2,3,4,5 bla bla bla akan ada. Standby sahaja. Itu sebab awal2 jimie cakap jangan terlalu menyayangi orang lain melebihi diri sendiri. Sebab apa? Sebab selagi nyawa dikandung bdan, badan inilah kita akan bawa ke mana-mana. Kalau kita frust, kalau kita sedih siapa yang sakit? Diri kita juga. Orang yang buat kita tak rasa apa-apa. Kita ni kena selalu menghargai diri. 

Dalam berkasih juga kena sentiasa berfikiran positif. TETAPI kalau dalam berkawan tiba-tiba pasangan korang macam dah berubah, call jarang angkat, mesej tak balas, whtsapp kadang-kadang, tanya khabar pun dah jarang, first korang kena tanya dulu kenapa dorang macam tu. Lepas tu kalau ada kesempatan duduk berdua dan bincang. Bertemu dua mata lebih berkesan. Minta penjelasan. Kalau memang dorang dah tak nak meneruskn hubungan korng trik nafas dalam-dalam dan ucapkan terima kasih. Redha dan ikhlas untuk melepaskan kekasih curang tu. Delete semua benda mengenai mereka. Jangan sesekali mengenang saat-saat manis yang dulu-dulu. Nanti korang yang sakit.

Sekejap je rasa sedih lepas tu oklah. Jimie nak ingatkan lepas putus jangan gelojoh nak cari pasangan lain. Takut t orang baru tu jadi tempat untuk hilangkan kesedihan je. Nanti bila dah muak korang tinggalkn dia pula. Tak bagus tk bagus. Bagi diri korang masa untuk dapatkan semula emosi yang stabil. Macam mana? Korang penuhkan aktiviti seharian dengan benda berfaedah. Doa banyak-banyak. Kepada umat Islam banykkan solat sunat. Kalu boleh tak payahlah couple-couple ni. Sebab benda haramkan. Lebih baik berkawan dengan semua orng. Kot mana-mana yang korang berkenan terus pinang sebagai isteri. Tapi ini hanya cadangan untuk golongan-golongan yang betul-betul dah bersedia dan sanggup menggalas tanggungjawab.

Itu sahaja yang dapat Jimie kongsi. Ingat! Sayangi diri korang. Lepas tu baru fikir perasaan orang lain.

                                   

tErima kAsih / Gamsahamnida / Thank yOu / syUkran

HaK ciptA tErpELihaRa (c) KhaiRuL Najmi