HAI AWAK. AWAK YANG SEDANG TERSENYUM TU

SUPPORTER

Monday, February 6, 2012

jangan biarkan diri dipermainkan

Assalamualaikum salam sejahtera salam 1Malaysia !

Gatal dah jari – jemari aku ini nak menaip kat ruangan EJ91 ini. selama ini, kalau nak update entri pun tak tahu apa yang nak diceritakan. Tapi, tetiba aja malam ini aku ada cerita yang nak dikongsikan. Sesuai sangat dengan sambutan Maulud Nabi sekarang kan ( 12 rabiuawal ).

KESYUKURAN !

Manusia tidak pernah puaskan dengan nikmat dunia. Sentiasa ada saja yang tidak cukup. Ambil perkara paling remeh lah. DUIT. Sampai bila – bila duit takkan cukupkan. Ada juga manusia yang simpan duit dalam bank berkepuk – kepuk tapi masih rasa tdak mencukupi. What the cake kan !

Aku ada satu cerita yang nak aku kongsikan. Tak ada kena mengena dengan aku ok !

Alkisahnya…

Sulaiman seorang lelaki yang pemalu. Dia bukan seorang yang sosial. Masa remajanya banyak dihabiskan dirumah. Selepas habis SPM rumahlah tempat dia bersemayam. Hendak kerja ibunya tidak memberi keizinan.  Nasibnya agak baik kerana mendapat keputusan SPm yang baik. Tidaklah segah NURAMALINA CHE BAKRI dan tidaklah sehebat NIK NURMADIHAH. Cukuplah untuk menyambung pengajian ke pengajian tinggi awam.

 Pada bulan 5, Sulaiman bersiap – siap untuk masuk ke sebuah institusi pengajian awam yang terletak di Selangor. Dia memilih jurusan Sains Kesihatan disitu. Setibanya Sulaiman disitu, dia telah ke kaunter pendaftaran yang telah ditetapkan sambil ditemani oleh ibu bapanya. Dia berasa amat bersyukur kerana mempunyai ibu bapa yang sentiasa ada pada hari pentingnya itu. Restu mereka sentiasa mengiringi Sulaiman.

SELEPAS SEMESTER 1..

Sulaiman berjaya naik ke semester 2. Kepayahan belajar semasa semester 1 terbalas. Tidak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan. Sulaiman yang selama ini memang anti – kapel telah jatuh hati kepada seorang perempuan yang bernama Nikky, merangkap classmatenya. Semasa semester 1,Sulaiman memang sudah ada hati terhadap Nikky, namun disembunyikan perasaan itu.

Sebulan telah berlalu, Sulaiman tetap begitu. Disebabkan kehidupan Nikky agak sosial, dia telah mengambil keputusan untuk tidak meluahkan perasannya terhadap Nikky. Bukan berasa dirinya baik, tapi bak kata orang – orang tua “ kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai”.

Nikky yang tahu mengenai perasaan Sulaiman terhadapnya dari rakan – rakan Sulaiman telah merancang strategi untuk mengenakan Sulaiman. Lagi – lagi rakan – rakannya telah mencabar Nikky untuk cuba membuat Sulaiman tunduk kepadanya. Mereka memberi masa selama 2 bulan. Jikalau berjaya, mereka akan memberi RM 100 kepada Nikky.

DUA BULAN KEMUDIAN,

Akhirnya Sulaiman mengetahui permainan yang dilakukan oleh Nikky. Hatinya berasa amat sayu. Cinta yang ikhlas dan setia dipermainkan begitu sahaja. Ego lelakinya amat tercabar. Namun, berkat didikan ibu bapanya, Sulaiman redha dengan nasib hidupnya. Mungkin Allah SWT telah mempertemukan Sulaiman dengan orang yang salah sebelum menemui tulang rusuk kirinya yang sebenar. Dia bersyukur selama dua bulan berkawan dengan Nikky, dia tidak pernah melakukan perkara – perkara jahat terhadap Nikky. Benarlah kata orang, jangan menyayangi secara berlebihan, kelak merana diri.

senyum senyum senyum !


P/S : disebalik kesedihan pasti ada kegembiraan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada hambaNYA. bersyukurlah ~!

tErima kAsih / Gamsahamnida / Thank yOu / syUkran

HaK ciptA tErpELihaRa (c) KhaiRuL Najmi