HAI AWAK. AWAK YANG SEDANG TERSENYUM TU

SUPPORTER

Saturday, January 21, 2017

KEMANA HILANGNYA KEMANUSIAAN

KAU BUKA FACEBOOK, BERITA, TWITTER betapa gilanya manusia sekarang. tengok saja macam mana tergamaknya manusia memukul manusia. Tidak ambil kisah langsung mengenai undang-undang. Kita sedih melihat negara luar dibom, masyarakat mereka ditindas. Tapi, di Malaysia kita seolah-olah hilang nilai kemanusiaan. Nikmat yang Tuhan berikan kepada kita disini digunakan dengan salah.

Baru-baru ni viral bodyguard pukul pemandu lori. Kesnya, pemandu lori reverse lori then terlanggar kereta mercedes. Teruk dipukul. Paling ngeri apabila ada 3 orang bodyguard berlari dari jauh then sepak kepala pemandu lori tu seolah-olah menendang bola. Damn ! Manusiakah itu? Polis sedang memburu suspek yang terlibat. Biar dapat hukuman yang setimpal. Setinggi manapun amarah kita kena ingat kita ni manusia. Beza kita dengan haiwan yang kita duk hina hanyalah AKAL. Kalau kita tiada akal samalah kita dengan binatang. Tetiba emo lebih. hahaha ..

Cuma apa yang boleh harapkan supaya rakyat Malaysia mampu membina mentaliti kemanusiaan yang secukupnya. Sudah-sudahlah kita duk tengok tayangan perangai orang kita yang buruk dalam TV 3 tu. Naik bosan. Hiduplah seperti manusia normal. Bukan kerjanya nak membunuh, berparang, menganiaya 24 jam. Law kat Malaysia ni pun bukan jenis low class tapi masih ramai yang berani buat kesalahan. Kenapa? Mengapa? Bagaimana?

Salah didikan? Rasanya tak kot sebab hanya segelintir saja malaun yang buat perangai. Perempuan pun dah berani tunjuk belang sekarang. Tengok je lah kes mencuri kat pasar raya, kedai emas. Relaks je mereka. Kalau lelaki mencuri siap pakai topeng bawa pistol. Perempuan bawa muka kasihan pakai tudung pose-pose manja lepas mencuri terus blah. Bahaya. Perempuan pun dah tak boleh percaya zaman sekarang. Kena ingat kita mungkin terlepas dari hukuman dunia tapi ada hukuman yang sedang menanti kita. Hukuman di akhirat. Takkan terlepas. Seram.

Gunakan akal yang Tuhan bagi sebaik mungkin, kawal amarah dan be a gentlemen. Tibah.
tErima kAsih / Gamsahamnida / Thank yOu / syUkran

0 cE CommEnt:

Post a Comment

HaK ciptA tErpELihaRa (c) KhaiRuL Najmi