HAI AWAK. AWAK YANG SEDANG TERSENYUM TU

SUPPORTER

Tuesday, October 11, 2016

lama tak menaip

assalamualaikum ..

Dah berapa lama rasa tak menaip. Dalam hati rasa nak singgah tapi banyak sangat benda nak buat. Mungkin lepas ni lebih aktif dari biasa. menulis dalam blog ini best tapi perlukan komitmen. Kalau malas menulis satu benda pun tak jadi.

bulan 10 ni genaplah saya bekerja sebagai Penolong Pegawai Farmasi. Tak famous mana kerja tapi itulah lubuk rezeki saya. Andai ditakdirkan nanti dah berkeluarga, rezeki ni akan saya kongsi bersama-sama dengan isteri dan anak-anak. rasa tak tak sabar pula. Ada yang nak meminang tak? 


jarangkan nampak uniform macam ni




Dari umur 21 tahun saya mula bekerja sebagai penjawat awam di sebuah klinik. Klinik mana? Klinik dalam Malaysia juga. Pelbagai ragam manusia dapat lihat. Bukan mudah bekerja dalam bidang kesihatan. Pelanggan yang datang semua sakit-sakit. Mood masing-masing SWING. Nak melayan perlukan kewarasan akal yang sangat tinggi. Bidang kesihatan bidang yang mencabar. Pelbagai risiko dalam bekerja. Maka, saya suka nak ingatkan adik-adik yang berhasrat atau yang sedang belajar dalam bidang kesihatan khasnya Farmasi, perlulah menuntut ilmu sebanyak mungkin kerana bidang kesihatan bidang yang amat luas. Ilmu sains berkembang setiap hari. Kalau kita malas nak tuntut ilmu, rugilah. Kita akan ketinggalan.
Siapa yang nak tips berkenaan cara belajar bidang farmasi dan juga deskripsi tugas sebagai Penolong Pegawai Farmasi bolehlah tinggalkan komen kat bawah. Ada masa saya akan jawab. Jawatan ni perlukan Diploma Farmasi. Take note ok. Sebab ramai tanya kat saya, diploma apa yang diperlukan untuk menjawat jawatan ini. 

Dalam arus perdana, PPF tak terkenal pun. Tak famous macam bomba, pilot, nurse yang boleh jadi tajuk cerita dalam drama tapi kena tahu kita pun ada kelebihan. Kemampuan kita dalam interpret tulisan doktor yang mashaallah kalau buruk, buruk betul dan juga kelebihan kita dalam bermain dos ubat. Nampak remehkan tapi kalau dah bekerja korang akan tahu betapa pentingkan range ubat sebelum mendispen ubat kepada pesakit. Tak boleh overdose sebab akan menyebabkan implikasi negatif terhadap pesakit.

Cukuplah sampai sini. ada masa jumpa lagi. babai




tErima kAsih / Gamsahamnida / Thank yOu / syUkran

1 cE CommEnt:

Amira Izzati said...

Wuuuu good luck lah. rajin-rajinlah update dengan lebih banyak lgi okayy ;)

Post a Comment

HaK ciptA tErpELihaRa (c) KhaiRuL Najmi