HAI AWAK. AWAK YANG SEDANG TERSENYUM TU

SUPPORTER

Thursday, January 16, 2014

Mencari jodoh bukan semudah makan tidur makan tidur

Assalamualaikum..

Sunyi sepi dah notifications blog ni. Kalau dulu nampak ramai followers yang follow blog ni. Sekarang nak dapat satu pun susah. Almaklum tuan tanah memang jarang jarang jarang update blog ni. Sibuk dengan kerja. Sibuk dengan belajar. Nak hadap blog pun fikir dua tiga kali. Tapi untuk 2 bulan ni, habang free. 

Memang dah jadi lumrah manusia. Pusingan kehidupan hampir serupa. Kalau dulu waktu kita kecil-kecil, orang sibuk tanya "bila nak sekolah?". Dah masuk sekolah orang tanya lain pula. Apa yang ditanya? "Nanti besar nak jadi apa?". Padahal darjah enam pun tak habis lagi. Dulu masing-masing nak jadi doktor, cikgu bla bla bla. Cita-cita semua nak hebat-hebat. Dah masuk sekolah menengah dah mula dengar gurauan dari makcik2 pakcik2. Ada ke patut dorang tanya, "Dah ada gf/bf ke?". Memang habang pergi sekolah nak cari jodoh. Lepas tu kahwin terus. Wartawan tak berbayar ni nak sponsor ke?

Dah habis SPM orang tanya pula "Dapat berapa A SPM?", "Minta belajar kat mana?". Result tak gempak pun makcik pakcik. Tapi bolehlah nak minta masuk U. Dah habis belajar orang tanya "Bila nak kahwin? Dah ada calon ke?". Kerja pun belum. Duit pun tak pegang lagi. Enjoy untuk diri sendiri pun tak sempat lagi. Bagi ruang sikit. Ya memang betul kahwin awal memang baik tapi terpulang kepada individu untuk mengatur kehidupan jika berkahwin awal. Cakap secara fakta memang mudah namun aplikasi fakta tidak semestinya mengikut buku. Betul?

Perkataan JODOH selalu kita anggap antara lelaki dan perempuan, bertemu, kahwin, dapat anak, bentuk keluarga bahagia. Kita perluaskan jodoh itu. Jangan kecilkan penggunaan perkataan jodoh tu. Jodoh bukan sahaja antara manusia tetapi jodoh juga bersangkut paut dengan perkara lain. Contoh universiti mana kita berjodoh. Rumah mana kita berjodoh. Kereta mana kita berjodoh. Kan banyak tu. So, jodoh bukan sesama manusia sahaja.

Zaman sekarang, kehidupan semakin mencabar. Bukan kata zaman dulu tak mencabar. Ada cabarannya juga. Namun, zaman sekarang semua saling berkejaran untuk menjadi yang terbaik. Manusia semakin lama semakin bijak. Betapa hebatnya anugerah akal fikiran untuk manusia. Ingat! Sehebat manapun kita, Allah SWT lebih hebat. Gunakan anugerah akal fikiran sebaik mungkin. Insyaallah berjaya dunia akhirat. Sebenarnya entry kali ni tak sangkut sangat kat TAJUK entry. Sengaja nak merepek tak tentu hala. Almaklum bukan blogger terkenal. Insyaallah blog ini akan berwajah baru akan datang. Sarangheyo ... 

      




tErima kAsih / Gamsahamnida / Thank yOu / syUkran

HaK ciptA tErpELihaRa (c) KhaiRuL Najmi