HAI AWAK. AWAK YANG SEDANG TERSENYUM TU

SUPPORTER

Sunday, June 2, 2013

Perjalanan hidup akan datang .

Bukan mudah kita sebagai manusia hidup di atas muka bumi ini. 
Macam aku juga. Pelbagai masalah, kegembiraan, onar, pilu . 
Campur-campur itulah kehidupan. 
Aku bukan manusia yang sempurna . 
Setiap masa ada silap dan salah. Bukan semua perkara yang aku lakukan sempurna.

Tapi kenapa manusia sanggup menyindir aku? 
Adakah dia sempurna dimatanya sendiri? 
Aku dihina, diejek, dipandang rendah sejak dari kecil lagi. 
Namun aku laluinya dengan penuh kesabaran. 
Kalau aku tak sabar, mahu gila. 
Aku kena teruk, aku sedar ada manusia yang kena lebih teruk daripada aku.

Tekanan melalui hidup sebagai remaja membuatkan aku runsing. 
Melihat pelbagai kelebihan yang ada pada remaja seusiaku membuatkan aku cemburu? Kenapa? Kerana aku tidak jumpa apa kelebihan dan kemampuan yang boleh aku tampilkan sebagai sisi terangku. 

Semasa zaman remaja, lelaki seusiaku sibuk mencari perhatian wanita untuk dijadikan teman. 
Tapi itu bukan sisi yang aku inginkan. 
Memang hebat mereka mampu mencairkan hati seorang wanita, tapi bukan aku. 
Aku tidak sehebat mereka. Sikapku yang berasa rendah diri menidakkan itu semua.
Kemampuanku terbatas.
Namun, kebaikannya dapat aku fahami.
Aku bebas dari berkawan dengan seorang wanita bukan mahram.

Allah SWT sentiasa menjadi pasanganku. 
Pasangan yang tidak pernah curang, malah sentiasa mengajak aku merapati diriNYA.
Disaat aku ditimpa kesedihan, kepadaNYA aku mengadu.
Mengalir air mataku dihadapanNYA.
Semoga aku mampu menjadi kekasihNYA yang sehabis baik.

Walaupun aku tiada pasangan yang mampu membuatkan tidur malamku lena, diulit mimpi,
Tapi aku ada keluarga yang sentiasa menemaniku.
Sakit aku, gembira aku, sedih aku, mereka utuh disisiku.
Mendengar setiap keluhan hatiku.
Merekalah superheroku.
Penyelamat hidup yang penuh dusta.

Aku masih muda.
Masih mahu mencari sesuatu yang mampu memberi kepuasan dalam hidupku.
Pencarian bukan mudah, menuntut komitmen yang tinggi.
Menuntut untuk aku terus berkorban.

Tipulah jika aku mengatakan tidak memerlukan seorang wanita, peneman hidupku.
Biarlah peneman itu datang disaat aku bersedia.
Bersedia untuk aku sunting menjadi halal bagiku.
Aku tidak percayakan cinta sebelum nikah.
Aku pernah rasa betapa dustanya cinta itu.

Aku hanya mahu seorang wanita yang mampu menerima diriku seadanya,
Seperti mana mama dan ayah menerima diriku sebagai anaknya.
Menyayangi diriku seperti mana mereka menyayangiku.
Menegurku jika ada khilaf daripada diriku,
Bukan hanya angguk-angguk geleng-geleng dihadapanku.

Itulah kehidupan.
Tidak pernah sunyi dari kesengsaraan.
Tidak pernah sunyi dari tomahan. Kata-kata yang menyinggung sanubariku.
Aku bukanlah lelaki yang sempurna.
Namun, bukan menjadi satu peluang untuk kamu mengejiku.
Hatiku dibalik tulang rusukku.
Seperti mana manusia-manusia lain.
Janganlah memperlakukan aku, seperti mana kamu tidak mahu dirimu diperlakukan.




tErima kAsih / Gamsahamnida / Thank yOu / syUkran

HaK ciptA tErpELihaRa (c) KhaiRuL Najmi