HAI AWAK. AWAK YANG SEDANG TERSENYUM TU

SUPPORTER

Friday, August 3, 2012

JAngan menghina sesama Islam

Assalamualaikum w.b.t salam sejahtera salam 1Malaysia !

Bulan yang penuh barakah bulan ramadhan mai sama – sama membuat pelbagai amal kebaikan. Bukan khusus pada bulan ini saja, bulan – bulan lain juga perlu menjadi medan pertempuran bagi memastikan ketakwaan diri kepada Allah SWT sentiasa meningkat.

Berhujah saya di sini bukan tanpa tujuan. Setiap patah kata yang ditaip menunjukkan rahmat Allah SWT kepada manusia. Boleh membaca, menaip, berkata – kata bukankah itu rahmat Allah SWT ?

Kita ber’skema’ sikit dalam entri kali ini ok !

Sekadar ingin berkongsi luahan hati terhadap sikap seorang umat Islam di Malaysia.

Perwatakannya menarik. Kalau menjadi pemimpin, butir katanya boleh menarik perhatian orang ramai.

Disebalik ciri – ciri positif yang ditonjolkan ada juga kekhilafan yang lahir dari makhluk ciptaan Allah SWT. 

Apakah kekhilafan yang telah dilakukan?


·         Tidak menunaikan solat
·         Menonton cerita yang ‘tak senonoh’
·         Suka bermegah diri
·         Mengganggu wanita bukan muhrim dll.

     Berkat kasih Allah SWT kepada hambaNYA, umat Islam ini telah berubah. Berubah selepas menyibukkan diri menonton video seorang ustaz yang terkenal di Malaysia. Siapa lagi kalau bukan Ustaz Azhar Idrus. Tahniah UAI sebab menjadi perantaranya. Walaupun terdapat ceramah UAI yang aku rasa agak bias namun nasihat yang baik kita ambil.

Umat Islam ini telah berubah, dari seorang yang jahil kepada hamba yang mencari Nur Islam bagi disemaikan ke dalam dirinya. Alhamdulillah.

Namun sejak akhir – akhir ini, umat Islam itu lantang menyuarakan pendapat. Tidak salah mengeluarkan pendapat tapi tidak perlu melaknat orang lain. Tidak perlu mengutuk, mencaci, menghina orang lain. Adakah disebabkan orang lain tidak berkopiah, berserban, berjubah dengan mudah dilemparkan pelbagai cacian?

Ingatlah manusia yang ‘berubah’. Sesungguhnya hidayah yang kau dapat secara terang kurniaan Allah SWT. Bersyukurlah kepada Pencipta dirimu. Dekatilah Penciptamu dengan penuh rasa tawaduk, menginsafi kesilapan lalu.

Jangan hanya kerana engkau baru bertatih mencari nur Islam, kau mudah mengkafirkan orang lain, memunafikkan orang lain, mencerca orang lain.

Engkau sibuk mengatakan engkau menjunjung al Quran dan sunnah sebagai teras hidup tetapi dalam waktu yang sama engkau melaknat orang yang tidak sealiran dengan fahaman kau sekarang. al – Quran tidak mengajar umat Islam berbuat jahat jauh sekali menjadi panduan cara - cara mencerca manusia seagamamu.

Tapi, itulah kesilapan umat Islam sendiri.

 Tidak pernah bertanya kepada diri sendiri,


·         Mengapa suatu ketika dulu aku jahil?
·         Mengapa apabila aku berubah aku mengutuk orang yang masih jahil?
·         Apa tangungjawab aku terhadap orang yang jahil?
·         Adakah dengan fahaman Islamik aku sekarang menjadi faktor utk mengutuk orang lain?

Tepuk dada tanya iman. Ya engkau berubah pada mata manusia. Tetapi ingatlah engkau belum tentu berubah di sisi Allah SWT. Jangan rasa diri anda tidak pernah terpalit tahi dengan dosa lampau !


Berubah : kembali kepada Allah SWT

sikap suka melaknat orang antara ciri - ciri orang Syiah !

p/s : berubah bukan pada ibadatmu sahaja tapi berubahlah juga dengan memayungi anggota badanmu dengan keredhaan Allah SWT.



tErima kAsih / Gamsahamnida / Thank yOu / syUkran

HaK ciptA tErpELihaRa (c) KhaiRuL Najmi