HAI AWAK. AWAK YANG SEDANG TERSENYUM TU

SUPPORTER

Wednesday, March 7, 2012

jom kita buat terapi hati

“Penatlah kalau berterusan begini. Mahu tension kalau perjalanan hidup macam nie je.”

Haaaa… mesti antara korang semua pernah rasa perasaan macam itu kan. Dalam dunia ini Allah SWT bagi ujian bagi melihat sejauh mana kemampuan kita untuk mengharunginya. Percayalah setiap kesabaran yang hadir semasa menempuhi dugaan pasti ada pahalanya. Jangan takut didatangi dugaan kerana dalam dugaan itu tersimpan 1001 hikmah. Kadangkala kita tak pernah pun terfikir akan kemampuan kita untuk mengharungi masalah, dugaan dan malapetaka. Jadikan medan dugaan sebagai titik tolak untuk kita menjadi lebih kuat dari segi rohani mahupun jasmani.

Dalam dunia, kita berjumpa dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang suka mempergunakan dan ada juga tak kurangnya tak sedar – sedar diri itu sedang dipergunakan. Alahai sedihnya. Percayalah ! janji ALLAH SWT itu pasti. Tak de nak mungkir – mungkir janji macam manusia. Sabar sabar dan terus bersabar.



Jom kita terjah antara salah satu terapi hati pula !

Usah kau tangiskan pada cinta lama
Usah kau impikan kita 'kan bersama
Biarkan ia terus berlalu...
Bagaikan mimpi hilang di mata

Kini kau kembali merayu lagi
Kaitkan semula madah-madah cinta
Harapkan bebunga berputik semula
Yang telah lama...
Gugur ke bumi

Dalam sukma mimpiku
Ia telah berlalu
Cinta yang dulu suci
Bagiku tiada lagi...

Aku yang masih
Ditaman ini
Mencari bunga
Mawar berduri
Ku sangka madu
Racun berbisa
Itulah Hakikatnya...

Nak ku tinggalkan
Terasa sayang
Ingin ku belai
Tangan tak sampai
Pastinya kita
Saling merindu

Lagu SALING MERINDU dari Leon. Layan lagu ini. dalam sehari mahu 4 ke 5 kali aku dengar lagu ini. tak pernah bosan. Setiap baris lirik dalam lagu ini mempunyai maksud yang mendalam. Tak tahu lah korang kan. Aku dah tangkap cintan ngan lagu ini.

Korang perasan tak, lagu boleh menjadi terapi apabila kita bersedih?
That is the point kawan – kawan !

Bila kita bersedih, malu nak meluahkan kepada orang lain. So, tak salah rasanya kita mencari kekuatan diri melalui lagu. Bila tema lagu yang kita dengar sesuai pulak dengan keadaan kita yang bersedih, memang lagi layanlah kan. Sampai meleleh !hahahahahaha~

Last but not least, sebagai manusia yang mempunyai perasaan, kita nak semua orang jaga hati kita. Betul tak? Jadi sebelum nak orang lain jaga hati kita, kita jaga hati orang juga. Jangan mudah bermain tarik tali dalam hubungan sesame manusia. Mungkin kita rasa orang itu boleh dipergunakan, tetapi jangan terkejut orang yang kita rasa boleh dipergunakan itulah yang membantu kita semasa misi kita mempergunakannya. Dapat pahala orang itu. Kita yang mempergunakan orang dapat doso yo !

p/s : carilah ketenangan itu dalam al – Quran dan hadis – hadis nabi juga. SELAMAT BERAMAL !!

tErima kAsih / Gamsahamnida / Thank yOu / syUkran

HaK ciptA tErpELihaRa (c) KhaiRuL Najmi