HAI AWAK. AWAK YANG SEDANG TERSENYUM TU

SUPPORTER

Wednesday, September 12, 2012

JANGAN BUAT LAGI ..

Salam. Apew khbr?lamew glew xdgr citwe.Sowiee laa.Titew buzy dengan esaiment. Mencik jew asaiment banyak2.Titew penat tadiw.Tapwi,nasib baik adew pakwe hensem bagiw saport kat titew.Titew sukew diew.Kitew dilande gelisah lor. Camnew nie?

Sungguh ayu tok – tok gitu ayat kat atas nie kan. Bila dah terlebih double hidup semua nak digedikkan. Dari tingkah laku sampai ayat mesej. Apa pun tak boleh !

Dunia teknologi sekarang, tulis ayat – ayat panjang berjela sampai 100 muka surat dah tak ada dalam kamus hidup anak muda sekarang. kalu nak luah perasaan, luah pendapat semua dah ada dihujung jari. Almaklum. Budak sekarang ramai dah guna Iphone, Samsung touch2, BlackBerry touch2. Pokoknya semua dah main sentuh – sentuhla. Jangan sentuh tempat lain sudah wok !

Silapnya orang kita, dah perkataan itu pendek, nak dipendekkan lagi. Kalau dah mudah nak dimudahkan lagi sampai satu ketika, hapak pun tak faham. Tak salah nak menggunakan singkatan tapi hormatilah bahasa kita. Siapa lagi nak jaga kalau bukan kita? Memanglah jaga bahasa tak payah kasi makan macam korang kasi makan kat hamster perasan comel korang, tapi peliharalah sebaik mungkin. Bahasa itu lambangkan bangsa. Selagi mampu, guna perkataan yang standard. Kalau ‘bila’ tak payah nak pandai – pandai tukar ‘bilew’. Kalau ‘saja’ tak payah tukar ‘sajew’. Hang mai try sebut ‘adew’. Kan dah macam mulut itik tu. Tak comel pun.

Percaya atau tidak, cara penulisan sebegini lebih dipelopori oleh perempuan. Bukan nak mewujudkan perbezaan tahap pemikiran dan kreatifnya sesuatu gender tapi itulah hakikatnya. Perempuan terlebih kreatif. Yang lelaki dia terlebih kreatif apabila berfantasi. Sampai ke teras dalam bumi dia boleh berfantasi. Keh3x..

Lepas ini, bolehlah kita sama – sama tukar cara penulisan, cara taip mesej. Jangan kita tulis sesuatu sampai orang lain tak faham. Lagi satu tak payah la tunggang terbalikkan huruf. Huruf ‘E’ jadi ‘3’. Huruf ‘Z’ jadi ‘2’. Macam – macam lagilah. Terlebih kreatif.


p/s : kepada pihak yang terlibat jangan terasa lebih ek. Kalau anda rasa karya anda yang terbaik teruskan. Selamat beramal =)

tErima kAsih / Gamsahamnida / Thank yOu / syUkran

2 cE CommEnt:

Edy Fee said...

bagi diorang mungkin anggap comel.tp pada aku..serabut giler

KhairuL Najmi said...

@Edy Fee hahaha~ kita yg kene study ape yg dorang tulis.mmg serabut

Post a Comment

HaK ciptA tErpELihaRa (c) KhaiRuL Najmi