HAI AWAK. AWAK YANG SEDANG TERSENYUM TU

SUPPORTER

Monday, August 6, 2012

Lambang anak Malaysia

Kau adalah hero kebanggaan Malaysia. Detik bersejarah yang telah terlakar pada 5 Ogos 2012. Pertemuan epik antara hero Malaya, Dato Lee Chong Wei dengan super Dan, Lin Dan.



Kau berdiri dengan kalungan perak di dada. Menitis air matamu menyentap rasa sebak hati seluruh hati rakyat Malaysia. Membawa harapan 28 juta rakyat Malaysia menggalas beban yang bukan sedikit.

Kau telah membuka mata seluruh anak Malaysia, kejayaan pasti diraih dengan usaha dan semangat yang berterusan. Kau lambang inspirasi Negara.

Kau tetap juara di hati kami. Benar pemilik pingat emas adalah Lin Dan. Namun percayalah ! luhur hati, sopan santunmu membuatkan dirimu Juara segala Juara !

Semangat juangmu menjadi bekalan untuk aku membawa diriku ke destinasi yang gemilang !

Terima kasih Dato Lee Chong Wei kerana mengharumkan nama Malaysia. Terima kasih kerana menjadi perintis anak Malaysia. Terima kasih kerana mengajar diriku erti kejayaan dan kegagalan dalam kehidupan. Terima kasih kerana menyatu padukan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan politik. Terima kasih kerana tidak pernah mengajar rakyat Malaysia mengenal erti putus asa.

Kau adalah perwira Malaysia !


p/s : keringatmu, penatmu, semangatmu, kesungguhanmu menjadi bukti anak Malaysia BOLEH !

tErima kAsih / Gamsahamnida / Thank yOu / syUkran

0 cE CommEnt:

Post a Comment

HaK ciptA tErpELihaRa (c) KhaiRuL Najmi