HAI AWAK. AWAK YANG SEDANG TERSENYUM TU

SUPPORTER

Sunday, July 22, 2012

Terima kasih kerana kembali

Sudah setahun aku meninggalkan dirinya. Bukan curang tetapi itulah putaran hidup. Aku tidak menidakkan kerinduan dihati ini terhadap dirinya.

Dia telah banyak mengajar diriku menjadi orang yang sabar. Masaku terisi apabila dia setia berada di sisi.

Benar manusia sentiasa dalam kerugian. Dulu dia datang aku tidak setia dengannya. Hanya kerana aku sibuk dengan hal dunia.

Kini sinarnya menjelma kembali membaluti diri yang kerdil ini. aku berasa dunia ini seperti kami yang punya.

Setelah cinta bertaut kembali, kini aku ingin setia bersamanya. Walaupun sebulan dia menemaniku kali ini, namun aku percaya ada jodoh kita berjumpa lagi.

Assalamualaikum Ramadhan. Hadirnya dirimu membawa seribu erti. Menemani anak Adam yang sentiasa sunyi. Temanilah diri ini agar diredhai Allah SWT.

Tidak menolak nikmat yang berada di dalam dirimu. Makanan, pahala dan sebagainya.

Semoga kali ini biarlah bersederhana dalam juadah tetapi tamak dalam mengejar pahala seolah – olah akan mati keesokan harinya.

Aku banyak dosa. Tidak pernah berasa diri ini zuhud. Jauh sekali mendabik dada meyakini iman diri ini setinggi langit. Sebab itu aku memerlukan kehadiran dirimu.

Walaupun sebulan tidak pasti mampu membersihkan dosa – dosa diri ini namun aku percaya    Allah SWT maha pemaaf. Kepada diriNYA ku berserah

Temanmu membawa erti. Erti bagi memuhasabah diri.





 p/s : Selamat menyambut bulan Ramadhan al – Mubarak.


tErima kAsih / Gamsahamnida / Thank yOu / syUkran

0 cE CommEnt:

Post a Comment

HaK ciptA tErpELihaRa (c) KhaiRuL Najmi