HAI AWAK. AWAK YANG SEDANG TERSENYUM TU

SUPPORTER

Sunday, July 8, 2012

lelaki pun jaga RAMBUT

Kecantikan kekacakan hak milik setiap insan. Jadi apa jua anugerah yang Allah SWT bagi kat kita, hargai dan jagalah sebaik mungkin =)

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA SALAM 1MALAYSIA !

Entry kali nie tak penah lagi aku buat dalam blog ini. tentang penjagaan kecantikan (wanita) kekacakan (lelaki). So, aku nak berkongsi mengenai rambut.

Aku percaya, kat luar sana banyak masalah mengenai rambut kan. Botaklah, kelemumurlah, busuklah, berbuahlah, degillah, kemabnglah dan macam – macam lah lagi. Normal sebenarnya bila masalah ini berlaku kat kita. Lagi – lagi apabila rambut gugur. Lagi sakit dibuatnya.

Rambut aku tak de lah secantik artis lelaki Korea. Lebat, licin, lurus (3L). that why aku prihatin sikit pasal rambut ini. untunglah siapa yang rambutnya tidak bermasalah. So, entry ini hanya untuk yang bermasalah rambut ok !

Alkisahnya begini, aku mula caring pasal rambut semasa umur 18 tahun. Aku dah naik muak dengan rambut yang gugur, nipis, kejung dan macam – macam lagilah, dah banyak produk rambut aku cuba dari A – Z. Clear, pantene, sunsilk, Tsubaki, Head & Shoulder, Grorich, Dove dan lain – lain. Banyak sangat tak terkata.

Tapi semua tak menjadi. Nak dijadikan cerita, musim raya 2010 merupakan detik yang takkan aku lupakan, malam raya aku dengan bangga ingat nak cuci rambut tapi tak bawa syampu aku (location : kampong). Waktu itu aku guna syampu pantene. Aku pun pinjam adik aku punya syampu Sunsilk warna kelabu. Esok paginya, dah semangat nak bangun pergi sembahyang raya. Aku rasa kulit kepala gatal gila, tak pernah aku rasa macam itu sebelum ini. balik sembahyang raya, aku garu segaru – garunya kepala. Nak tahu apa jadi? Kelemumur jatuh banyak gila. Aku tak pernah ada masalah kelemumur sebelum nie. Sedih gler waktu tue. Semenjak itu, rambut aku jadi makin nipis, kelemumur banyak dan kulit kepala berminyak. Aku dah tak tahu nak buat apa.

Rambut aku juga mula bercabang dan susah nak urus. Korang bayangkan bila tengok rambut orang lain subur je atas kepala, yang rambut aku kemarau gila. Hahahahahaha~

Aku amik keputusan cuba syampu BAWANG. Kompom korang pernah dengar kan. Alhamdulillah lepas aku guna, kulit kepala aku dah tak gatal. Rambut pun makin sihat dan kurang gugur. Aku guna dan terus guna dan berhenti. Aku beralih guna pantene NATURE CARE. Syampu yang satu ini memang tak sesuai dengan aku sebab rambut jadi kejung !

syampu Shinamino + Bawang


Awal tahun ini aku tak silap aku, aku pergi satu salon nak buat hair treatment. Memang sodap lah bilo kepala diurut. Mula – mula rambut aku disyampu, dibasuh, ditreatment (hair mask + stim), dibasuh dan diblow. Hot tak terkata. Best gila. Gian aku nak buat hair treatment.

Disebabkan yang buat rambut aku itu lelaki, so dia suggest syampu Shinamino. Memang lepas guna syampu ini, rambut aku tak da spilit kat hujung2. Terbaik ! sekarang aku setia dengan Shinamino. Bagi memantapkan lagi rambut, aku gabungkan penggunaan syampu Bawang dengan Shinamino.
Lepas dah bersyampu, aku biarkan rambut aku kering secara semulajadi bawah kipas. Lepas dah kering, aku lumurkan rambut aku dengan conditioner Herbal Essences Long Relationship. Tang ini kena berhati – hati. Jangan sesekali korang pakai conditioner macam syampu ! cukup dengan meletakkannya dari pertengahan rambut ke hujung. Biarkan selama 5 – 7 minit. Tok sah lama – lama. Kalau korang stim rambut lain. Basuh rambut dengan air suam. Ingat air suam bukan air sejuk. Keringkan rambut secara semulajadi.


conditioner Long Relationship !

tonik rambut Grorich

Lepas dah kering aku guna tonik Grorich. Tonik untuk menguatkan akar rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut. So far, aku guna boleh dikatakan ok. Still ada rambut gugur tapi tak banyak. Itulah serba sedikit tentang kehidupan rambut aku. Jagalah rambut itu betul – betul terutama bagi kaum lelaki, sebab bila usia makin lanjut, memang lelaki akan mengalami proses botak. Ini membabitkan hormone testosterone jugak. Aku juga amik supplement multi – vitamin dan vitamin B complex untuk rambut. Semoga hari – hari mendatang rambut aku tak ada masalah lagi =)

tErima kAsih / Gamsahamnida / Thank yOu / syUkran

0 cE CommEnt:

Post a Comment

HaK ciptA tErpELihaRa (c) KhaiRuL Najmi