HAI AWAK. AWAK YANG SEDANG TERSENYUM TU

SUPPORTER

Friday, June 8, 2012

ZAMAN DOLU DOLU !

Bila ingat zaman budak – budak aku gelak sorang (xsenget pun). Masa itulah aku rasa semua benda yang aku mintak memang membazir duit mak bapak. Tapi waktu itu aku peduli apa. Asalkan aku dapat apa yang aku nak. ye tak ? hee

Ingat lagi. Waktu tu, zaman kegemilangan Ding Dang dan Tora. Ding dang harga RM 0.60 Tora pulak RM 1.20. kalau tak silap aku lah. Berlumba – lumba lah aku ngan kawan – kawan pergi beli benda alah nie. Kononnya dulu isi dalam benda alah ini ikut nasib. Kalau nasib baik permainan bestlah. Hee. Coklat yang ada dalamnya aku kasi makan terus. INGAT TAK LAGI KAWAN – KAWAN??


Lepas tu ade plak sesi merajinkan diri dengan kumpul sticker P*****n. Ish3x. rajinnyo ! satu sachet harga RM 0.20. ini pun ikut nasib. Kalau nasib ada urrrmmmm dapatlah sticker yang berlainan. Kalau tak balik – balik sticker yang sama. Hahahahaha~ p wat benda ini mesti ada cara bro ! tukar – tukar lah dengan sahabat handai. kan3x.


Sesi mengumpul pelekat dah tak do. Semua pakat – pakat tepuk kad pulak. Ingat tak? Alah yang kita susun kad kecil –kecil secara bertingkat, lepas tu Tepuk ! kalau terbalik kad itu, semua itu kita punya. Tepuk bukan sebarang tepuk. Tepuk ada skill !


Upgrade sikit kita main BeyBlade pulak. Menatang apo tu? Itulah gasing zaman moden. Kecik je tapi ligat. Waktu tu la kawan – kawan den semua sibuk tunjuk hebat. Sama cam aku jugaklah.  Masing – masing nak menang.Lelaki memang ego. Budak perempuan tak main BeyBlade. Dorang main Barbie je. Heee ~ kalau ada duit lebih sikit, gilir – gilir beli gelanggang BeyBlade.  Awesome. Kenangan yang xdapat dilupakan.


Masa zaman budak – budak, set game yang terkenal adalah GAME TAPE. Wah masa itu sape yang ada satu kat rumah dah kira hebat. Maka berduyun – duyunlah kawan – kawan aku datang rumah. Nasib baik mak den jenis sporting. Layan ! silap hari bulan aku pulak mencemar duli g rumah kawan aku main game tape dorang pulak. Mana aci game aku je dorang belasah kan ! Super Mario, Tembak Burung, ape g ek?? Paling aku suka main Street Fighter. Aja – aja Fighting



Banyak sebenarnya kalau aku list permainan yang aku main zaman dolu – dolu (dulu2).  Semua jenis permainan aku main. Tapi itu semua tinggal kenangan. Mungkin benda – benda nie ley jugak aku buat stok bercerita kat bakal anak - anak aku.

“tahu tak dulu – dulu papa main nie taw. Lepas tue main nie. Korang tak rasa semua itu. Korang bila celik mata PSP, IPHONE, TAB. Semua elektronik. Papa dulu main tepuk – tepuk. Sampai sekarang pun bertepuk tampar. Kan mama nya." Wahahahahaha~





tErima kAsih / Gamsahamnida / Thank yOu / syUkran

0 cE CommEnt:

Post a Comment

HaK ciptA tErpELihaRa (c) KhaiRuL Najmi