HAI AWAK. AWAK YANG SEDANG TERSENYUM TU

SUPPORTER

Tuesday, June 26, 2012

benarkah kita?


Kalau guna air liur kata nak berubah memang mudah. Semudah ABC. Namun untuk melaksanakannya bukan mudah. Hati kena kental beb. Contohnya, kita buat dosa besar. Jalannya penyelesaiannya TAUBAT. Taubat bukan sebarang taubat tapi taubat nasuha. Kena bersungguh – sungguh dalam melakukannya. Berjanji tak melakukannya.

Ada kebaikan sebenarnya dosa ini. apabila kita melakukan dosa, sekurang – kurangnya kita Nampak apa perkara yang xley buat. Berlainan dengan orang yang tidak pernah terdedah dengan dosa. Mereka akan berasa diri mereka maksum. Berbahaya di situ kerana boleh menimbulkan perasaan riak.

“ WAH AKU TAK PERNAH WAT DOSA. JALAN JUMPA PEREMPUAN PUN AKU TUNDUK”

Pernah dulu, mama aku cerita. Ada sorang budak laki nie, bila ye jalan bertentang dengan perempuan, kompom tunduk. Memang terbaik la kan. Tapi aleh – aleh budak laki tu kena tangkap sebab skodeng budak perempuan. Bahaya kan. Kita jadi manusia jangan menidakkan naluri kita. Kalau sampai macam itu sekali, diri binasa beb lama – lama. Bersederhanalah dalam setiap perkara yang kita lakukan. Cukup kita tahu halal haram, baik jahat. Benda yang disukai Allah SWT kita lakukan yang mendatangkan kemungkaran, Insyaallah mari sama – sama kita tinggalkan.

“ AKU SELALU PERGI CERAMAH AGAMA. KAU ADA”

Mesti korang pernah jumpa orang macam ini kan. Wow sungguh bangga kata diri itu pergi dengar ceramah agama. Ingat pergi ceramah agama kau kompom masuk syurga? Apa salah kalau ajak geng – geng tu bersama pergi dengar ceramah agama. Kita kena ingat, dalam hidup ini, semua orang pernah tempuh saat – saat kejahilan. So, apabila kita telah berjaya kembali ke jalan yang lurus, ajak kawan – kawan yang masih jahil tu. Jangan tinggalkan mereka. Jangan hina, kondem mereka. Kesilapan umat Islam sendiri suka menjatuhkan kesalahan kepada orang lain. Barang baik kongsi sama ma !

“ ORANG JAHIL MACAM TU LAH. SAMPAI BILA TAK KAN SEDAR”

Wah3x, mudahnya berkata – kata. Macam lah tak pernah buat dosa kan. Jangan mudah kita memburukkan orang lain. Apa salah kalau kita jumpa dengan orang yang kononnya bagi kita jahil tu dan bagi nasihat kat mereka. Dapat juga pahala dari memburukkan dorang kat khalayak ramai. Benda nie aku dah lama tengok malah dah menjadi sebati dalam masyarakat kita. Bagi nasihat, ceramah dan lain – lain mesti ada selitkan perkara yang memburukkan orang lain. Ada ilmu guna baik – baik. Jangan nak burukkan orang je.

“ KALAU KAU TAK DE LULUSAN UNIVERSITI JANGAN SIBUK CAKAP PASAL AGAMA”

Benda ini aku pernah kena. Kawan aku sendiri yang cakap gitu disebabkan aku tak berapa setuju tindakan seorang ulamak yang menyokong BERSIH 3.0. bagi aku ISLAM itu dah mengajar pelbagai amalan murni. Suruh jaga keamanan. Tapi umat Islam sendiri yang memilih kehancuran. Sedih beb. Sangat sedih bila aku tengok orang Islam berlari, rosakkan harta benda awam, darah sana darah sini. Akhirnya tak de jalan penyelesaian. Kalau berbincangkan bagus. Tak puas hati buat pertemuan. Ini tak. Bila nak berbincang ada pulak syarat – syarat. Sesame Islam la beb !

Kesimpulannya, agama ISLAM merupakan agama yang cukup indah. Cukup tertib cukup sempurna untuk dianuti. Namun terdapat segelintir umat ISLAM yang membuatkan agama kita buruk dimata orang lain. Kita telah diamanahkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk menjaga agama Islam. Kesuciannya, kesempurnaannya. Ayuh kita berubah. Jangan memburukkan orang lain. Cara yang betul kita rapatkan saf dan bergerak bagi mencorak diri kita dengan nilai keISLAMan. Wallahualam =)

tErima kAsih / Gamsahamnida / Thank yOu / syUkran

0 cE CommEnt:

Post a Comment

HaK ciptA tErpELihaRa (c) KhaiRuL Najmi