HAI AWAK. AWAK YANG SEDANG TERSENYUM TU

SUPPORTER

Thursday, December 29, 2011

mainan dunia.

Assalamualaikum !

“ disisimu aku terdiam seribu bahasa, dihatiku bergetar sejuta rasa, namun sukar untuk aku meluahkan, ku cinta padamu,  nafasaku terhenti bila melihat dirimu, terasa pantas degupan jantungku”

Perlahan saja bunyi telefon bimbitku berbunyi. Harap – harap insan yang menghantar mesej kepada diriku tidak mengganggu hidupku setelah kekuatan diriku pulih semula.
Namun sangkaanku meleset. Insan ini memang tidak pernah faham apa erti kawan yang sebenar. Bila diriku diperlukan, baru terkinja – kinja mencariku. Aaaaiiissshhh ! aku mengeluh panjang melihat deretan digit pada paparan ‘handphone’ milikku. Tapi aku tersenyum melihat SMS yang dhantar olehnya.
“ 
boleh tolong bagi cadangan pengenalan assignment ak x?”


Ringkas tapi cukup bermakna. Dia pernah mengganggu lenaku suatu ketika dulu. Dia pernah membuat diriku terawang – awang dengan janji manisnya dulu. Dia pernah mengajar diriku menjadi orang yang sabar menghadapi dugaan dalam kehidupan dan dia juga telah mengajar diriku untuk membenci manusia dibumi ini !
Aku mengeluarkan laptop milikku dari beg. Perlahan – lahan aku mengaktifkan laptop kesayanganku ini. selepas semua ‘software’ dalam laptop ini bersedia, aku mula mengakses laman muka buku. Disitu aku telah menghantar contoh assignment ke profil muka buku miliknya.

Senyap !


Tiada ucapan terima kasih. Tiada langsung khabarku ditanya. Aku tertunduk. Terkilan. Aku mula memujuk hatiku. Aku yakin pertolongan aku terhadap dirinya sebentar lagi mesti dicatatkan sebagai kebaikan. Aku bahagia kerana aku tidak melakukan perkara sebegitu terhadap orang lain. Bagi diriku, manusia yang tidak pandai berterima kasih adalah orang yang amat rugi.

Lima bulan telah berlalu. Kini dia ‘block’ muka buku aku. Tanpa alasan yang munasabah. Aku bertanya kepada kawan baiknya. Namun tiada jawapan yang pasti. Aku hanya tersenyum. Kini aku yakin berada dipihak yang benar. Manusia yang benar tidak akan lari dari kenyataan.

Hari ini, seperti biasa, aku membuka laman muka buku. Tertera nama insan itu di butang ‘friend request’. Otakku mula berlegar ligat. Mencari jawapan yang pasti. Mengapa setelah hampir berbulan lamanya membuang profilku dari muka buku miliknya,namun sekarang mencari diriku semula? Setelah aku bertanya rakan yang baik dengannya, rupa – rupanya manusia itu mahu mendapatkan pendapat daripadaku mengenai tugasan kolej.

Apa ini?

Susah sangat aku nak memahami keadaan ini. mungkin benar. Hidup di dunia ini diibaratkan sebagai pentas opera. Namun bezanya hanya didunia tidak memerlukan skrip, tingkah laku manusia tidak boleh dikawal, hati manusia tidak boleh dibaca, kesakitan hati tidak dapat dibendung jika diri ini rasa dipergunakan. Kita barisan pelakonnya. Dari kain putih kita yang mencorakkannya.





p/s : usah bermain perasaan, kelak diri sendiri yang rugi.

tErima kAsih / Gamsahamnida / Thank yOu / syUkran

Monday, December 26, 2011

hati sekeping namun banyak belahnya.

Hari ini hari minggu. Andy masih bergolek – golek diatas katil bujangnya. Bagi dirinya, hari minggu hari untuk bermalas – malas. Selepas hamper seminggu dirinya sibuk dengan nota kuliah dan tugasan tambahan yang diberikan oleh pensyarahnya. Lagipun bukan selalu dia dapat pulang kerumah.

Telefon bimbitnya berbunyi.

Andy jom kua. aQ boring gler nie. Then, ade bende penting yang aQ nak gtaw. Mesej yang datangnya daripada Salina, kawan rapatnya. Andy bangun dan terus mencapai tuala. Sebelum masuk ke dalam bilik air, Andy masih sempat menyisir rambutnya yang kusut.
Selepas mandi, dia bersiap – siap. Dengan fesyen ala korea yang digemarinya, dia melangkah keluar dari bilik dengan yakin.

“nak pergi mana tu dy? Jom sarapan dulu,” tegur mama Andy.

“Ok ma,” jawab Andy pendek.

Selepas makan, Andy bersalam dengan mamanya.

Andy membalas mesej Salina; Lina aQ dah kua dari rumah. Jumpa jap g =).

Hubungan antara Andy dan Salina yang agak rapat sering kali disalah anggap oleh rakan sekuliah mereka. Namun mereka tidak kisah. Benda tidak betul.

“ Dy semalam aku dengan Zack baru declare.” Kata Salina tersenyum.

“ ye ke? Baguslah. Akhirnya ko dapat ape yang ko nak kan,” balas Andy.

Salina tersenyum dan berkata “ thanks banyak – banyak Dy. Ko banyak tolong aKu selama ini. jangan risau kita tetap kawan.”

Tiba – tiba telefon bimbit Salina bordering.

“ Dy I need to go now. Aku nak g tengok wayang dengan Zack. Bye.” Salina berjalan berlalu pergi.
Hati Andy berasa amat sayu. Dia menahan air matanya dari keluar. Hanya gelingan air mata dan hati yang pilu menjadi penemannya. Hatinya keliru. Adakah rasa ini disebabkan rasa cinta atau takut kehilangan kawan rapat yang sebaik Salina?

p/s : dalam dunia ini tak semua menjadi hak mutlak kita. Perkara yang perlu kita terapkan dalam diri ialah BERSEDIA =)

tErima kAsih / Gamsahamnida / Thank yOu / syUkran

AKU PUN BOLEH !

Sedar tidak sedar dunia semakin ke penghujungnya. Kalau dahulu gigi tumbuh sebatang – sebatang sekarang gigi itu banyak maslah. Ada yang terpaksa dicabut dan ada juga yang perlu ditampal. Kalau dahulu rambut nipis semasa bayi, sekarang rambut makin menebal menunjukkan kedewasaan. Alih – alih nanti apabila sudah tua, rambut yang ikal mayang semakin menipis dan terus botak.

Kehidupan sebagai remaja banyak pancaroba. Pelbagai perkara yang nak dicuba. Benda yang dihalang itulah yang ingin dilakukan. Darah tengah panas. Gitulah gamaknya. Seperti aku. Umur sudah memasuki alam 20an. masih terasa saat – saat terakhir di alam persekolahan. Masa itu, rambut pun skema je. Muka pun tak tejaga. Jerawat tumbuh macam cedawan lepas hujan. Baju putih berseluar hijau. Rutin hari persekolahan ditempuh dengan cara yang sama kecuali Sabtu dan Ahad ! masa itulah masa digunakan sepenuhnya untuk berehat.

Masa zaman persekolahan, kawan – kawanku sendiri tidak tahu bercinta – cinta. Jauh berbeda dengan remaja zaman sekarang. Sekolah rendah dah sibuk bercinta. Padahal pakaian dalam masih dibeli oleh ibu bapa. Tanpa segan silu berjalan beriringan. Mungkin darah remaja sentiasa panas. Hokum halal haram diketepikan dulu. Yang penting masing – masing mempunyai kekasih hati. Bagi mereka, kawan – kawan yang menegur tingkah laku mereka semasa bercinta bersikap kolot. Orang hulu katanya. Tak up to date.



Siapa tidak mahu bercinta?

Masa bercintalah bumi yang bulat ini seperti kita yang punya. Berkasih sayang antara satu sama lain. Belum tentu lagi pasangan ketika itu adalah kekasih yang pasti. Kekasih yang mampu membawa kita ke syurga abadi. Setiap derap kaki meniti hari – hari kehidupanku, kini ku sedar cinta dunia tidak kemana tanpa meletakkan Cinta Allah SWT di tangga ke atas. Hubungan cinta Adam dan Hawa hanya dirahmati jika berlandaskan Islam.

Bukan aku tidak mahu bercinta. Jika dilihat kredit dalam nombor Celcomku, amat cukup untuk bermesej antara satu sama lain. Membuat panggilan, ber’b’ ber’sayang’ ! aahhh amat cukuplah. Lagi – lagi telco sekarang banyak menawarkan pelbagai pilihan. Pilih je plan mana yang dikehendaki. Namun disebabkan aku sedar Islam itu indah, Islam itu suci, Islam itu bersih, Islam itu segalanya, maka aku tekad menjauhkan diri dari perkara yang bisa mencemarkan agama dan imanku.

Bukan tidak ada mata – mata wanita diluar sana bermain mata denganku, namun demi jihad melawan nafsu diri sendiri, aku tegar menolaknya. Semasa zaman remaja inilah kita perlu membina satu dahan untuk berpaut. Dipaut dengan erat bagi mengelakkan diri dari terus hanyut dengan permainan dunia.

Percayalah ! janji Allah SWT itu pasti. Namun kita tidak mengetahui bagaimana janji itu ditepati. Usahlah membawa diri ke cinta dunia yang tidak pasti selagi kita tidak meletakkan cinta Allah SWT ditangga pertama. Wallahualam =)

p/s : idea datang berlimpah – limpah secara tiba – tiba. Ayuh beramal kawan – kawan !

tErima kAsih / Gamsahamnida / Thank yOu / syUkran

HaK ciptA tErpELihaRa (c) KhaiRuL Najmi