HAI AWAK. AWAK YANG SEDANG TERSENYUM TU

SUPPORTER

Friday, October 28, 2011

hati terkilan..

Apabila hati sudah terkilan. Beginilah jadinya. Dalam dunia ini bukan semua orang baik. Kadang kala orang yang dianggap kawan baik, sebenarnya musuh dalam selimut. Pernah korang rasa dipermainkan oleh kawan baik? Sakitkan. Bila sudah jadi begitu, kepercayaan terhadap orang lain makin kabur. Betul apa yang pernah diucapkan oleh mamaku. Sesungguhnya orang yang tidak akan membawa kita kea rah keburukan hanyalah keluarga.

Rakan baik? Dulu mungkin aku memerlukannya, tetapi setelah banyak kali hatiku dipermainkan, aku menjadi tawar hati. Mungkin hari ini aku yang kena tetapi tidak bererti aku bodoh. ALLAH SWT nak menunjukkan siapa diri kau yang sebenar. Berlagak alim, muslimah, kau lah yang terbaik, kaulah yang terhebat, kau lah yang berbaju longgar, kau lah yang muslimah dank au lah manusia yang menghantar pelbagai status ISLAMIK di facebook. Tetapi di dunia nyata? Sesungguhnya engkau penipu.

Dulu pernah berjanji, tidak!!!tidak!!!tidak!! namun sekarang kau ya!!!ya!!!ya!!!. engkau sedih bila ditinggalkan kekasih hati yang kau cintai. Kau cakap couple itu haram tetapi engkau terjebak kembali dengan cinta dunia. Sesungguhnya engkau pendusta. Hanya manis di wall facebook tetapi di dunia nyata kau seorang insane yang hipokrit. Kau pernah dengar BERLINDUNGKAN KAABAH? Kau boleh diibaratkan begitu. Kerana apa? Kerana kau berlagak baik didepan orang tapi sebenarnya engkaulah orang yang paling pendusta.

Kenapa engkau menjadi begitu wahai teman? Setelah sepenuh keprcayaan yang telah aku kirimkan bersama diri kau, dengan janji yang engkau ingin berubah, dengan ketaqwaan yang selama ini menjadi bekalan dalam hidup engkau, namun kau tetap jatuh ke dunia cinta yang sesungguhnya HARAM jika tidak bernikah. Kau tahu hukumnya. Lebih cerdik mengenai ISLAM berbanding diriku. Tetapi kenapa engkau tewas?

Sebagai seorang teman yang pernah berkawan dengan dirimu, aku harap engkau berubah suatu hari nanti. Jangan mendambarkan cinta dunia wahai teman. Sesungguhnya tidak kekal cinta itu, tidak redha cinta itu jika cinta itu bukan kerana ALLAH SWT. Fikirkan la kawanku. Jangan mudah jatuh dengan kata – kata manis. Kau pernah mengajarku erti dosa. Erti lalai, erti taubat dan erti kesedaran. Namun mengapa engkau mengulanginya semula? Jangan mempermainkan ISLAM demi kepentingan dirimu. Sesungguhnya ISLAM itu suci untuk kau kotorkan. Jagalah hati seperti mana kau pernah tuturkan padaku.

Aku INSAN yang pernah kau hina satu ketika dulu. INSAN  yang amat kau benci untuk berbicara dengannya. INSAN  yang kau jijik untuk berkata – kata. INSAN yang kau cerca tidak semena – mena. Dan aku tetap aku. Semoga engkau sedar tiada gunanya menjadi insan yang SOLEHAH dari luaran namun BUSUK didalmnya. Aku doa suatu hari nanti engkau akan berubah. Aku masih ingat janjimu itu.

tErima kAsih / Gamsahamnida / Thank yOu / syUkran

HaK ciptA tErpELihaRa (c) KhaiRuL Najmi