HAI AWAK. AWAK YANG SEDANG TERSENYUM TU

SUPPORTER

Sunday, December 11, 2011

bOrn to bE VETERINAR !

Assalamualaikum !!
Jemaah Oh Jemaah !! apa khabar hari ini? sihat walafiat hendaknya ye. Hari ini aQ dan keluarga aQ g umah nenek untuk makan durian. Sedare aQ ajak makan durian KING ! al maklum dia tauke buah. Entah berapa ulas aQ baham hari ini. sampai kepala pun dah rasa pening semacam. Perut dah rasa sebu !

Tp demi “ update “ blog aQ nie supaya jangan bersarang aQ kuatkan jugakla untuk menaip menggunakan hujung jari aQ yang runcing nie.. hahahahaha~

Semalam aQ baca tentang Skim Baru Perkhidmatan Awam. Haruslah aQ menjengah profesion aQ akan datang. Penolong Pegawai Farmasi ! lepas membaca dengan teliti, yang tak berapa best, betapa susahnya nak naik dari U29 ke U32. Memang lah gaji masyuk p macam susah je nak naik gred. aQ muda lagi. Takkan nak duduk kat takuk yang sama je nanti. Tak hingin den !

Then, aQ mula google ! nak cari profesion yang aQ impikan selain farmasi iaitu VETERINAR. Apa itu veterinar? Veterinar merujuk kepada doktor haiwan. aQ memang impikan kerjaya ini suatu ketika dulu. Lepas membuat penelitian, agak mudah criteria yang disyaratkan untuk sambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Veterinar berbanding farmasi yang semakin lama semakin entah apa – apa criteria dalam profesion tersebut.

Sebagai suara orang muda, aQ nak jugak sambung Ijazah farmasi p agak sukar nak capai CGPA 3.8 ! berbanding veterinary iaitu 3.5 ! boleh maafkan lgi tang veterinary itu. Kalau ada pengalaman kerja CGPA turut turun.

Mata aQ dah bersinar – sinar lepas merasakan peluang untuk sambung veterinary agak tinggi. Alhamdulillah. aQ nak kejar cita – cita sehingga aQ mampu menggapai satu tanda aras yang tinggi. Tak aQ jadi manusia yang tidak ada motivasi. Semoga apa yang aQ impikan menjadi kenyataan. Semua ini untuk kepuasan diri dan membanggakan  mama dan ayah aQ.

Last but not least, doakan aQ aw ! sama – sama kita mengejar cita – cita yang telah diimpikan.




tErima kAsih / Gamsahamnida / Thank yOu / syUkran

0 cE CommEnt:

Post a Comment

HaK ciptA tErpELihaRa (c) KhaiRuL Najmi