HAI AWAK. AWAK YANG SEDANG TERSENYUM TU

SUPPORTER

Thursday, December 29, 2011

mainan dunia.

Assalamualaikum !

“ disisimu aku terdiam seribu bahasa, dihatiku bergetar sejuta rasa, namun sukar untuk aku meluahkan, ku cinta padamu,  nafasaku terhenti bila melihat dirimu, terasa pantas degupan jantungku”

Perlahan saja bunyi telefon bimbitku berbunyi. Harap – harap insan yang menghantar mesej kepada diriku tidak mengganggu hidupku setelah kekuatan diriku pulih semula.
Namun sangkaanku meleset. Insan ini memang tidak pernah faham apa erti kawan yang sebenar. Bila diriku diperlukan, baru terkinja – kinja mencariku. Aaaaiiissshhh ! aku mengeluh panjang melihat deretan digit pada paparan ‘handphone’ milikku. Tapi aku tersenyum melihat SMS yang dhantar olehnya.
“ 
boleh tolong bagi cadangan pengenalan assignment ak x?”


Ringkas tapi cukup bermakna. Dia pernah mengganggu lenaku suatu ketika dulu. Dia pernah membuat diriku terawang – awang dengan janji manisnya dulu. Dia pernah mengajar diriku menjadi orang yang sabar menghadapi dugaan dalam kehidupan dan dia juga telah mengajar diriku untuk membenci manusia dibumi ini !
Aku mengeluarkan laptop milikku dari beg. Perlahan – lahan aku mengaktifkan laptop kesayanganku ini. selepas semua ‘software’ dalam laptop ini bersedia, aku mula mengakses laman muka buku. Disitu aku telah menghantar contoh assignment ke profil muka buku miliknya.

Senyap !


Tiada ucapan terima kasih. Tiada langsung khabarku ditanya. Aku tertunduk. Terkilan. Aku mula memujuk hatiku. Aku yakin pertolongan aku terhadap dirinya sebentar lagi mesti dicatatkan sebagai kebaikan. Aku bahagia kerana aku tidak melakukan perkara sebegitu terhadap orang lain. Bagi diriku, manusia yang tidak pandai berterima kasih adalah orang yang amat rugi.

Lima bulan telah berlalu. Kini dia ‘block’ muka buku aku. Tanpa alasan yang munasabah. Aku bertanya kepada kawan baiknya. Namun tiada jawapan yang pasti. Aku hanya tersenyum. Kini aku yakin berada dipihak yang benar. Manusia yang benar tidak akan lari dari kenyataan.

Hari ini, seperti biasa, aku membuka laman muka buku. Tertera nama insan itu di butang ‘friend request’. Otakku mula berlegar ligat. Mencari jawapan yang pasti. Mengapa setelah hampir berbulan lamanya membuang profilku dari muka buku miliknya,namun sekarang mencari diriku semula? Setelah aku bertanya rakan yang baik dengannya, rupa – rupanya manusia itu mahu mendapatkan pendapat daripadaku mengenai tugasan kolej.

Apa ini?

Susah sangat aku nak memahami keadaan ini. mungkin benar. Hidup di dunia ini diibaratkan sebagai pentas opera. Namun bezanya hanya didunia tidak memerlukan skrip, tingkah laku manusia tidak boleh dikawal, hati manusia tidak boleh dibaca, kesakitan hati tidak dapat dibendung jika diri ini rasa dipergunakan. Kita barisan pelakonnya. Dari kain putih kita yang mencorakkannya.





p/s : usah bermain perasaan, kelak diri sendiri yang rugi.

tErima kAsih / Gamsahamnida / Thank yOu / syUkran

0 cE CommEnt:

Post a Comment

HaK ciptA tErpELihaRa (c) KhaiRuL Najmi