HAI AWAK. AWAK YANG SEDANG TERSENYUM TU

SUPPORTER

Monday, December 26, 2011

AKU PUN BOLEH !

Sedar tidak sedar dunia semakin ke penghujungnya. Kalau dahulu gigi tumbuh sebatang – sebatang sekarang gigi itu banyak maslah. Ada yang terpaksa dicabut dan ada juga yang perlu ditampal. Kalau dahulu rambut nipis semasa bayi, sekarang rambut makin menebal menunjukkan kedewasaan. Alih – alih nanti apabila sudah tua, rambut yang ikal mayang semakin menipis dan terus botak.

Kehidupan sebagai remaja banyak pancaroba. Pelbagai perkara yang nak dicuba. Benda yang dihalang itulah yang ingin dilakukan. Darah tengah panas. Gitulah gamaknya. Seperti aku. Umur sudah memasuki alam 20an. masih terasa saat – saat terakhir di alam persekolahan. Masa itu, rambut pun skema je. Muka pun tak tejaga. Jerawat tumbuh macam cedawan lepas hujan. Baju putih berseluar hijau. Rutin hari persekolahan ditempuh dengan cara yang sama kecuali Sabtu dan Ahad ! masa itulah masa digunakan sepenuhnya untuk berehat.

Masa zaman persekolahan, kawan – kawanku sendiri tidak tahu bercinta – cinta. Jauh berbeda dengan remaja zaman sekarang. Sekolah rendah dah sibuk bercinta. Padahal pakaian dalam masih dibeli oleh ibu bapa. Tanpa segan silu berjalan beriringan. Mungkin darah remaja sentiasa panas. Hokum halal haram diketepikan dulu. Yang penting masing – masing mempunyai kekasih hati. Bagi mereka, kawan – kawan yang menegur tingkah laku mereka semasa bercinta bersikap kolot. Orang hulu katanya. Tak up to date.



Siapa tidak mahu bercinta?

Masa bercintalah bumi yang bulat ini seperti kita yang punya. Berkasih sayang antara satu sama lain. Belum tentu lagi pasangan ketika itu adalah kekasih yang pasti. Kekasih yang mampu membawa kita ke syurga abadi. Setiap derap kaki meniti hari – hari kehidupanku, kini ku sedar cinta dunia tidak kemana tanpa meletakkan Cinta Allah SWT di tangga ke atas. Hubungan cinta Adam dan Hawa hanya dirahmati jika berlandaskan Islam.

Bukan aku tidak mahu bercinta. Jika dilihat kredit dalam nombor Celcomku, amat cukup untuk bermesej antara satu sama lain. Membuat panggilan, ber’b’ ber’sayang’ ! aahhh amat cukuplah. Lagi – lagi telco sekarang banyak menawarkan pelbagai pilihan. Pilih je plan mana yang dikehendaki. Namun disebabkan aku sedar Islam itu indah, Islam itu suci, Islam itu bersih, Islam itu segalanya, maka aku tekad menjauhkan diri dari perkara yang bisa mencemarkan agama dan imanku.

Bukan tidak ada mata – mata wanita diluar sana bermain mata denganku, namun demi jihad melawan nafsu diri sendiri, aku tegar menolaknya. Semasa zaman remaja inilah kita perlu membina satu dahan untuk berpaut. Dipaut dengan erat bagi mengelakkan diri dari terus hanyut dengan permainan dunia.

Percayalah ! janji Allah SWT itu pasti. Namun kita tidak mengetahui bagaimana janji itu ditepati. Usahlah membawa diri ke cinta dunia yang tidak pasti selagi kita tidak meletakkan cinta Allah SWT ditangga pertama. Wallahualam =)

p/s : idea datang berlimpah – limpah secara tiba – tiba. Ayuh beramal kawan – kawan !

tErima kAsih / Gamsahamnida / Thank yOu / syUkran

0 cE CommEnt:

Post a Comment

HaK ciptA tErpELihaRa (c) KhaiRuL Najmi